HUKUMAN ALTERNATIF BERORIENTASIKAN PEMULIHAN KE ATAS PESALAH JENAYAH: ANALISIS TERHADAP KESESUAIAN SERTA MEKANISME PELAKSANAANNYA DI MAHKAMAH SYARIAH

ALTERNATIVE PUNISHMENT ORIENTED TO RESTORATION ON CRIMINAL OFFENDERS: ANALYSIS OF SUITABILITY AND ITS IMPLEMENTATION MECHANISM IN SYARIAH COURTS

Authors

  • Hasnizam Hashim Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Wan Abdul Fattah Wan Ismail Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Ahmad Syukran Baharuddin Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Zulfaqar Mamat Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Lukman Abdul Mutalib Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Mohamad Aniq Aiman Alias Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Baidar Mohammed Mohammed Hassan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Norma Jusof Kementerian Pendidikan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.33102/n202z962

Keywords:

Alternative punishments, Syariah legal system, offender rehabilitation, Malaysian Syariah court, hukuman alternatif, sistem perundangan Syariah, pemulihan pesalah, Mahkamah Syariah Malaysia

Abstract

The agenda for alternative punishment oriented toward the rehabilitation of shariah criminal offenders requires significant attention. Currently, it is unclear to what extent this approach is implemented within the country's Shariah legal system. This rehabilitation agenda should empower the Shariah legal system, specifically the Syariah Courts. It is essential to understand that the goal of punishment in Islam extends beyond merely punishing the offender; it also includes ensuring the offender's successful rehabilitation. Implementing an effective rehabilitation program necessitates careful planning to provide appropriate rehabilitation based on the specific offence or crime committed. The existing limitations and lack of knowledge regarding the suitability and mechanisms of rehabilitating Shariah criminal offenders within the current national legal system raise questions about the extent to which these offenders receive their right to rehabilitation and justice. This situation calls for the authorities to take the necessary steps to investigate and address the issue. In this study, the researcher employed qualitative methods to unravel the problem and propose improvements in several crucial aspects as initial steps towards implementing more structured alternative punishments in the Shariah Courts. The study found that the rehabilitation of offenders is one of the main objectives of punishment in Islam, and this aspect cannot be overlooked. Furthermore, the study revealed that the scope of rehabilitation-oriented alternative punishment currently applied in the Syariah Courts is minimal and remains 'vague' in its implementation compared to the Civil Courts. Therefore, this discussion aims to raise awareness among the relevant parties, prompting them to seriously consider and take decisive action to evaluate and improve the existing aspects of rehabilitating Sharia criminal offenders.

 

Abstrak

Agenda pelaksanaan hukuman alternatif yang berorientasikan pemulihan pesalah jenayah syariah perlu diberi perhatian sewajarnya kerana sehingga kini tidak diketahui sejauh mana ia dilaksanakan di bawah sistem perundangan syariah negara. Agenda pemulihan ini juga sepatutnya dijadikan sebagai salah satu agenda bagi memperkasakan sistem perundangan syariah negara atau Mahkamah Syariah itu sendiri. Perlu difahami bahawa matlamat hukuman dalam Islam bukanlah sekadar menghukum pesalah, tetapi yang paling utama adalah memastikan pesalah tersebut berjaya dipulihkan. Pelaksanaan program pemulihan mestilah berdasarkan perancangan yang teliti agar bentuk pemulihan yang bersesuaian dapat diberikan berdasarkan kepada kesalahan atau jenayah yang dilakukan. Keterbatasan dan ketidaktahuan tentang sejauh mana kesesuaian dan mekanisme pemulihan pesalah jenayah syarie di bawah sistem perundangan negara pada masa kini membuka persoalan tentang sejauh mana pesalah-pesalah ini mendapat hak mereka untuk dipulihkan dan seterusnya mendapat keadilan. Keadaan ini sepatutnya menjadi desakan kepada pihak berwajib untuk mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengkaji dan menanganinya. Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan kaedah kualitatif bagi merungkai permasalahan tersebut serta mencadangkan penambahbaikan terhadap beberapa aspek yang dilihat penting sebagai langkah awal ke arah pelaksanaan hukuman alternatif yang lebih tersusun di Mahkamah Syariah. Kajian mendapati bahawa aspek pemulihan pesalah adalah salah satu matlamat utama hukuman dalam Islam dan aspek yang berkaitan dengan matlamat tersebut tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Kajian ini juga mendapati bahawa hukuman alternatif berorientasikan pemulihan yang diaplikasikan di Mahkamah Syariah pada masa ini adalah amat kecil skopnya dan masih ‘kabur’ dari segi pelaksanaannya berbanding di Mahkamah Sivil. Oleh itu, perbincangan mengenai perkara ini diharapkan dapat membuka mata pihak-pihak berkaitan agar dapat memberikan perhatian yang serius dan mengambil tindakan yang drastik untuk melihat dan mengkaji aspek pemulihan pesalah jenayah syariah sedia ada supaya penambahbaikan dapat dilakukan.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2024-07-05

How to Cite

HUKUMAN ALTERNATIF BERORIENTASIKAN PEMULIHAN KE ATAS PESALAH JENAYAH: ANALISIS TERHADAP KESESUAIAN SERTA MEKANISME PELAKSANAANNYA DI MAHKAMAH SYARIAH: ALTERNATIVE PUNISHMENT ORIENTED TO RESTORATION ON CRIMINAL OFFENDERS: ANALYSIS OF SUITABILITY AND ITS IMPLEMENTATION MECHANISM IN SYARIAH COURTS. (2024). LexForensica: Journal of Forensic Justice and Socio-Legal Research, 1(1), 13-23. https://doi.org/10.33102/n202z962