PELAKSANAAN SULH DALAM ISLAM: KAJIAN TERHADAP SISTEM PERUNDANGAN SYARIAH DI MALAYSIA

IMPLEMENTATION OF SULH IN ISLAM: A STUDY ON THE SYARIAH LEGAL SYSTEM IN MALAYSIA

Authors

  • Hasnizam Hashim Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Wan Abdul Fattah Wan Ismail Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Ahmad Syukran Baharuddin Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia / Centre of Research for Fiqh Forensics and Judiciary (CFORSJ), Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia / International Advisory Board Member, Mejellat Al-Afaq wa Al-Maarif (JSKP), Faculty of Humanities, Islamic Sciences and Civilization, University Amar Telidji of Laghouat, BP 37G, Road of Ghardaia, 03000 Laghouat, Algeria / Associate Editor, Journal of Contemporary Maqasid Studies, Maqasid Institute, United States of America (USA)
  • Mohamad Aniq Aiman Alias Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Zulfaqar Mamat Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Lukman Abdul Mutalib Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Norman Zakiyy Chow Jen-T’Chiang Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Norma Jusof Kementerian Pendidikan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.33102/zxq3zs86

Keywords:

Majlis Sulh, perundangan Syariah Malaysia, konflik dan pertikaian, peleraian, Malaysian Syariah legal system, conflict and disputes, resolution

Abstract

The implementation of sulh in Islam plays a crucial role in resolving disputes amicably without undergoing lengthy court proceedings. History has shown that sulh has been practiced in the Malay world since before independence and continues to this day. As one of the conflict resolution mechanisms encouraged in Islam, there is a need to study and improve its implementation over time to ensure that it consistently achieves its intended objectives. This study aims to elucidate the concept of sulh in Islam, including the definitions of sulh and Majlis Sulh, the evidences supporting its legislation, several cases exemplifying its application in Islam, the pillars of sulh, and its implementation within the Syariah legal system or in Syariah Courts in Malaysia. This article also discusses cases eligible to be referred to Majlis Sulh and the role of this mechanism in promoting justice and harmony in society. A qualitative approach through document analysis was adopted, with data presented in subthemes. The study's findings reveal that the implementation of sulh under the Malaysian Syariah legal system, although currently limited to resolving disputes in Islamic family law, is guided by systematic procedures and regulations. Nevertheless, there is room to expand its scope over time. This study also underscores the importance of sulh in supporting the Sustainable Development Goals (SDGs), particularly SDG 16 (Peace, Justice, and Strong Institutions) by strengthening fair and inclusive legal institutions, and SDG 5 (Gender Equality) by addressing issues related to women’s rights in family-related disputes.

 

Abstrak

Pelaksanaan sulh dalam Islam memainkan peranan penting dalam menyelesaikan pertikaian secara damai tanpa perlu melalui proses perbicaraan yang panjang. Sejarah telah memperlihatkan bahawa sulh telah dilaksanakan di alam Melayu sejak sebelum merdeka lagi sehinggalah ke hari ini. Sebagai salah satu mekanisme penyelesaian konflik yang dianjurkan dalam Islam, terdapat keperluan bagi mengkaji dan menambah baik pelaksanaan sulh dari semasa ke semasa bagi memastikan ianya sentiasa mencapai matlamat yang dikehendaki. Kajian ini bertujuan untuk memperjelaskan konsep sulh dalam Islam, termasuk takrifan sulh dan Majlis Sulh, dalil-dalil pensyariatan sulh, beberapa contoh kes pelaksanaan sulh dalam Islam, rukun-rukun sulh, serta melihat pelaksanaannya di bawah sistem perundangan Syariah Malaysia. Dalam artikel ini, perbincangan juga merangkumi kes-kes yang sesuai dirujuk ke Majlis Sulh dan peranan mekanisme ini dalam mempromosikan keadilan serta keharmonian dalam masyarakat. Pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen telah digunakan, di mana data yang diperoleh dipersembahkan dalam bentuk subtema. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan sulh di bawah sistem perundangan Syariah di Malaysia kini walaupun hanya tertumpu kepada isu undang-undang keluarga Islam, tetap dipandu oleh tatacara dan perundangan yang sistematik. Namun, terdapat ruang untuk memperluaskan skop pelaksanaannya dari semasa ke semasa. Kajian ini juga menegaskan kepentingan sulh dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 16 (Kedamaian, Keadilan dan Institusi Yang Kukuh) melalui pengukuhan institusi perundangan yang adil dan inklusif, serta SDG 5 (Kesaksamaan Gender) dengan memberi perhatian kepada penyelesaian isu berkaitan hak wanita dalam kes kekeluargaan.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2024-12-25

How to Cite

PELAKSANAAN SULH DALAM ISLAM: KAJIAN TERHADAP SISTEM PERUNDANGAN SYARIAH DI MALAYSIA: IMPLEMENTATION OF SULH IN ISLAM: A STUDY ON THE SYARIAH LEGAL SYSTEM IN MALAYSIA. (2024). LexForensica: Journal of Forensic Justice and Socio-Legal Research, 1(2), 86-95. https://doi.org/10.33102/zxq3zs86